Monday, 29 April 2013
Wednesday, 24 April 2013
Tuesday, 23 April 2013
Monday, 22 April 2013
Thursday, 11 April 2013
"MeN -....... -kan " dan " MeN - ...... -i "
Perkataan yang terbentuk dengan kedua-dua apitan ini tergolong kepada kata kerja, kerana "meN -.... -kan" dan "meN - .... -i" masing-masing berfungsi sebagai pembentuk kata kerja. Contoh kata kerja dengan apitan-apitan ini ialah : mendirikan, memikirkan, mendekati dan mencontohi.
Kata kerja yang terbentuk dengan kedua-dua apitan ini merupakan kata kerja transitif, iaitu yang perlu diikuti oleh objek. Oleh itu, semua kata kerja yang tersenarai di atas mempunyai objek, misalnya mendirikan rumah, memikirkan perkara ini, mendekati dinding dan mencontohi perangainya.
Dapat dilihat bahawa wujud banyak persamaan antara kedua-dua kata kerja ini. Masing-masing membentuk kata kerja, dan kata kerja yang terbentuk masing-masing bersifat kata kerja transitif.
Ada kalanya, satu kata dasar boleh menerima kedua-dua apitan ini, misalnya "mendekatkan" dan "mendekati", "menghadiahkan" dan "menghadiahi", dan "menyiramkan" dan "menyirami". Di sinilah timbul kekeliruan. Bilakah digunakan "menghadiahkan" dan bilakah "menghadiahi'? Bolehkah kedua-dua ini saling berganti?
Jawapannya terletak pada makna yang dibawa oleh kata kerja yang menerima apitan yang berbeza ini. Bagi perkataan tertentu, kata kerja dengan apitan "meN -... -kan" membawa maksud kausatif, yakni menjadikan atau menyebabkan. "Mendekatkan meja ke dinding" bererti menjadikan meja dekat dengan dinding. Demikian juga, "menghadiahkan buku kepada Siti" bererti menjadikan buku sebagai hadiah kepada Siti. Dan "menyiramkan air ke bunga" membawa maksud menjadikan air turun ke atas bunga.
Sebaliknya, kata kerja dengan apitan "meN -...-i" membawa maksud lokatif atau tempat. "Mendekati" dalam ayat (1) "Saya mendekati dinding itu" membawa erti dinding sebagai tempat yang saya dekati. Bezakan makna ayat ini dengan ayat (2) "Saya mendekatkan meja ke dinding". Tidak tepat jika dikatakan "mendekatkan dinding" , kecuali yang dimaksudkan ialah menjadikan dinding dekat dengan sesuatu. Demikian juga "menghadiahi Siti buku" membawa maksud bahawa orang (atau tempat) yang menerima hadiah itu ialah Siti, dan "menyirami bunga dengan air" memberitahu kita bahawa tempat yang kena siram ialah (pokok) bunga.
Perhatikan apa akan terjadi jikalau kita tidak menggunakan apitan ini dengan betul. Dalam ayat (3) *Saya menghadiahkan Siti sebuah buku, dari segi tatabahasa, ayat ini tidak salah tetapi maknanya agak janggal. Dalam ayat ini "menghadiahkan Siti" bermaksud menjadikan Siti sebagai hadiah. Gambaran yang timbul ialah Siti dibungkus sebagai hadiah, yang kemudiannya diberikan kepada buku!Jikalau perbezaan ini dapat difahami, tidaklah lagi kita membuat kesalahan.
Contoh-contoh kata kerja lain yang membawa perbezaan yang sama ialah "menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas Abu" lawan "menjatuhi Abu hukuman tiga tahun penjara", "menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu" lawan "menghidangi tetamu sepinggan kuih," dan "menganugerahkan gelaran Tan Sri kepada beliau" lawan "menganugerahi beliau gelaran Tan Sri ."
Perlu diingatkan bahawa dalam amalan sehari-hari, terdapat satu dua perkataan yang entah mengapa, tidak membezakan makna antara apitan "meN-... -kan" dengan "meN-...-i" iaitu "membaikkan" dan "membaiki" , dan "merupakan" dan "merupai". Kedua-dua perkataan ini boleh bertukar ganti dalam penggunaan. Ada pihak yang memilih "membaiki" dan "merupakan" tetapi ada juga pihak yang memilih "membaikkan" dan merupai". Anggaplah ini sebagai unsur kekecualian.
Tuesday, 9 April 2013
Saturday, 6 April 2013
Watak Profesional Guru - Ungkapan Al-Ghazali
'..........barang siapa berilmu, beramal dan mengajar, maka dialah yang disebut orang besar dalam alam malakut tinggi. Dia laksana matahari yang menyinarkan cahayanya kepada orang lain dan menyinarkan pula kepada dirinya sendiri. Dia laksana kasturi yang membawa keharuman kepada lainnya dan dia sendiripun harum.'
Thursday, 4 April 2013
PENGGUNAAN UNGKAPAN RUJUKAN KEHORMAT "YANG BERBAHAGIA"
1. Sudah menjadi kelaziman ungkapan kehormat Yang Berbahagia digunakan
secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah
kehormatan negara atau negeri atau masyarakat mahupun anugerah daripada atau
kelulusan akademik.
2. Ungkapan Yang Berbahagia digunakan sebagai sapaan sebelum nama gelaran
bagi anugerah bintang atau pingat (negara, negeri atau masyarakat) dan seumpamanya
yang terletak di depan nama orang, sama ada penyandang pangkat atau jawatan tertentu
atau tidak.
Contoh penggunaan:
anugerah daripada pencapaian akademik atau kelulusan seperti Doktor, Profesor,
Profesor Madya, Doktorandus, Doktoranda dan Insinyur. Kata Tuan atau Puan
mengiringi Yang Berbahagia.
Contoh penggunaannya:
nama jawatan atau pangkat yang disandang seseorang. Kata nama Tuan atau Puan
digunakan selepas ungkapan kehormat Yang Berbahagia, iaitu sebelum nama jawatan
atau pangkat yang berkenaan.
Contoh penggunaan:
sebagai sapaan umum bagi nama orang yang kita hormati atau kita muliakan.
Antara golongan yang utama ialah mereka yang memakai gelaran Haji dan Hajah
atau gelaran atau sapaan keagamaan yang lain seperti Sahibul-Samahah,
Sahibul-Fadilah dan Sahibul-Sa'adah.
Contoh penggunaan:
secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah
kehormatan negara atau negeri atau masyarakat mahupun anugerah daripada atau
kelulusan akademik.
2. Ungkapan Yang Berbahagia digunakan sebagai sapaan sebelum nama gelaran
bagi anugerah bintang atau pingat (negara, negeri atau masyarakat) dan seumpamanya
yang terletak di depan nama orang, sama ada penyandang pangkat atau jawatan tertentu
atau tidak.
Contoh penggunaan:
- Yang Berbahagia Tun
- Yang Berbahagia Tan Sri
- Yang Berbahagia Dato'
- Yang Berbahagia Datuk Seri
- Yang Berbahagia Datuk Patinggi
- Yang Berbahagia Datin Paduka
anugerah daripada pencapaian akademik atau kelulusan seperti Doktor, Profesor,
Profesor Madya, Doktorandus, Doktoranda dan Insinyur. Kata Tuan atau Puan
mengiringi Yang Berbahagia.
Contoh penggunaannya:
- Yang Berbahagia Tuan Doktor Amirul
- Yang Berbahagia Tuan Profesor Amir Hamzah
- Yang Berbahagia Tuan Profesor Madya Amin
- Yang Berbahagia Tuan Doktorandus Amiruddin
- Yang Berbahagia Tuan Insinyur Amirul Mukminin.
nama jawatan atau pangkat yang disandang seseorang. Kata nama Tuan atau Puan
digunakan selepas ungkapan kehormat Yang Berbahagia, iaitu sebelum nama jawatan
atau pangkat yang berkenaan.
Contoh penggunaan:
- Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis
- Yang Berbahagia Tuan Ketua Kampung
- Yang Berbahagia Tuan Ketua Pengarah
- Yang Berbahagia Tuan Pengurus
- Yang Berbahagia Tuan Inspektor
- Yang Berbahagia Datuk Bandar
- Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah
sebagai sapaan umum bagi nama orang yang kita hormati atau kita muliakan.
Antara golongan yang utama ialah mereka yang memakai gelaran Haji dan Hajah
atau gelaran atau sapaan keagamaan yang lain seperti Sahibul-Samahah,
Sahibul-Fadilah dan Sahibul-Sa'adah.
Contoh penggunaan:
- Yang Berbahagia Tuan Haji Ishak
- Yang Berbahagia Puan Hajah Umi Kalthum
- Yang Berbahagia Sahibul-Samahah Mufti Negeri
- Yang Berbahagia Tuan Imam Masjid
Subscribe to:
Posts (Atom)