secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah
kehormatan negara atau negeri atau masyarakat mahupun anugerah daripada atau
kelulusan akademik.
2. Ungkapan Yang Berbahagia digunakan sebagai sapaan sebelum nama gelaran
bagi anugerah bintang atau pingat (negara, negeri atau masyarakat) dan seumpamanya
yang terletak di depan nama orang, sama ada penyandang pangkat atau jawatan tertentu
atau tidak.
Contoh penggunaan:
- Yang Berbahagia Tun
- Yang Berbahagia Tan Sri
- Yang Berbahagia Dato'
- Yang Berbahagia Datuk Seri
- Yang Berbahagia Datuk Patinggi
- Yang Berbahagia Datin Paduka
anugerah daripada pencapaian akademik atau kelulusan seperti Doktor, Profesor,
Profesor Madya, Doktorandus, Doktoranda dan Insinyur. Kata Tuan atau Puan
mengiringi Yang Berbahagia.
Contoh penggunaannya:
- Yang Berbahagia Tuan Doktor Amirul
- Yang Berbahagia Tuan Profesor Amir Hamzah
- Yang Berbahagia Tuan Profesor Madya Amin
- Yang Berbahagia Tuan Doktorandus Amiruddin
- Yang Berbahagia Tuan Insinyur Amirul Mukminin.
nama jawatan atau pangkat yang disandang seseorang. Kata nama Tuan atau Puan
digunakan selepas ungkapan kehormat Yang Berbahagia, iaitu sebelum nama jawatan
atau pangkat yang berkenaan.
Contoh penggunaan:
- Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis
- Yang Berbahagia Tuan Ketua Kampung
- Yang Berbahagia Tuan Ketua Pengarah
- Yang Berbahagia Tuan Pengurus
- Yang Berbahagia Tuan Inspektor
- Yang Berbahagia Datuk Bandar
- Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah
sebagai sapaan umum bagi nama orang yang kita hormati atau kita muliakan.
Antara golongan yang utama ialah mereka yang memakai gelaran Haji dan Hajah
atau gelaran atau sapaan keagamaan yang lain seperti Sahibul-Samahah,
Sahibul-Fadilah dan Sahibul-Sa'adah.
Contoh penggunaan:
- Yang Berbahagia Tuan Haji Ishak
- Yang Berbahagia Puan Hajah Umi Kalthum
- Yang Berbahagia Sahibul-Samahah Mufti Negeri
- Yang Berbahagia Tuan Imam Masjid
betul betul betul
ReplyDeleteTerima kasih, Amar.
Deletecikgu untuk ucapan ialah: Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis
ReplyDeleteYang Berbahagia Tuan Ketua Kampung
Yang Berbahagia Tuan Ketua Pengarah
Yang Berbahagia Tuan Pengurus
Yang Berbahagia Tuan Inspektor
Yang Berbahagia Datuk Bandar
Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah
assalamualaikum wbt.
ReplyDeletesaya ingin bertanya. Di dalam surat rasmi, mana satu yang betul ya ?
Sehubungan itu, pihak 'Tuan' ...
atau
Sehubungan itu, pihak 'tuan' ...
sebab saya pernah belajar dalam 1 kursus tahun 2009, ada penceramah ni, (saya rasa beliau adalah prof.). dia kata penggunaan huruf T besar bagi Tuan dan bukannya huruf kecil bagi tuan.
terima kasih. :)
Waalaikumsalam...benar...penggunaan "Tuan" dlm surat rasmi itu perlu dikategorikn sbg kata nama khas.
Delete