1. Suka menangguhkan kerja.
2. Suka melambat-lambatkan kerja.
Kerja-kerja yang boleh disiapkan dalam masa 10 minit,
anda buat dalam masa 30 minit.
3. Tiada sistem belajar yang teratur.
4. Suka belajar ikut mood.
5. Tidak menumpukan perhatian apabila dikehendaki
mendengar sesuatu penerangan kerana itu anda tidak faham,
dan lebih masa diperlukan untuk memahami sesuatu perkara itu sendirian.
6. Takut mencuba. Anda tidak berani membuat sesuatu yang mencabar.
Masa terbuang begitu sahaja.
7. Malu atau segan bertanya. Anda selalu dalam kebingungan.
Masa anda terbuang tanpa sebarang faedah.
8. Tidak tahu menghargai masa. Anda tahu masa itu emas,
tetapi anda tetap tidak mahu menjadikan emas itu milik anda.
9. Anda tidak sedar kelemahan anda. Masa terus berlalu,
tetapi diri anda tiada perubahan, tiada kemajuan.
Mulakan dengan sikap baru, pastikan anda di dalam golongan orang yang berjaya !!
ya cikgu
ReplyDeleteSAYA nombor 1,2,3,4,7 sahaja {:
ReplyDeleteSelepas ni cubalah ubah sikap kepada yang lebih baik.
Deleteinsyallah
ReplyDelete