MENU

Wednesday 1 May 2013

Uji Minda

Latihan
Kata-kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna berlainan:

1. Di pujuk sana, seorang gadis sedang termenung.
2. Gulungan bangsawan mendapat keistimewaan.
3. Kami ingin sekali menuntun perlawanan bola baling itu.
4. Saya tinggal di belok yang berwarna kelabu itu.
5. Dia membelukkan keretanya ke kanan jalan.
6. Pembelut mesti dihapuskan.
7. Kamu jangan cuba belot.
8. Di pasar burung itu ada menjual pelbagai jenis burung.
9. Pak Lah bertutur telur Kelantan.
10.Dalam tempuh tersebut, dia telah menempoh pelbagai masalah.
11.Anaknya telah berjaya memasuki kursus Belia Pelupur Negara di Dusun Tua.
12.Nama panglima itu sudah tersohor ke seluruh pelusuk negeri.
13.Ini gambar matan gabenur negeri Melaka.
14.Ibu sahaja yang boleh menyimpan gran-gran tanah ini.
15.Jerok ini mengandungi bahan pengawit yang berbahaya.

Mahir Dalam Kata Ganti Singkat ?

Jom cuba jawab.......

1. Buku itu ku baca.
2. Warkah itu telah ku tulis.
3. Anak yang ku kandung lahirlah sudah.
4. Dia memanggil ku dari jauh.
5. Mereka mencabar ku.
6. Dia menoleh kepada ku sambil tersenyum.
7. Jelingan mu sungguh mempesonakan.
8. Jari mu lentik bak tombak serai.
9. Adakah maksud mu kita biarkan sahaja dia begitu ?
10.Usah kau tangisi pemergiannya.

Klinik Bahasa Malaysia

Karangan Autobiografi

Thursday 11 April 2013

"MeN -....... -kan " dan " MeN - ...... -i "

Perkataan yang terbentuk dengan kedua-dua apitan ini tergolong kepada kata kerja, kerana "meN -.... -kan" dan "meN - .... -i" masing-masing berfungsi sebagai pembentuk kata kerja. Contoh kata kerja dengan apitan-apitan ini ialah : mendirikan, memikirkan, mendekati dan mencontohi. Kata kerja yang terbentuk dengan kedua-dua apitan ini merupakan kata kerja transitif, iaitu yang perlu diikuti oleh objek. Oleh itu, semua kata kerja yang tersenarai di atas mempunyai objek, misalnya mendirikan rumah, memikirkan perkara ini, mendekati dinding dan mencontohi perangainya. Dapat dilihat bahawa wujud banyak persamaan antara kedua-dua kata kerja ini. Masing-masing membentuk kata kerja, dan kata kerja yang terbentuk masing-masing bersifat kata kerja transitif. Ada kalanya, satu kata dasar boleh menerima kedua-dua apitan ini, misalnya "mendekatkan" dan "mendekati", "menghadiahkan" dan "menghadiahi", dan "menyiramkan" dan "menyirami". Di sinilah timbul kekeliruan. Bilakah digunakan "menghadiahkan" dan bilakah "menghadiahi'? Bolehkah kedua-dua ini saling berganti? Jawapannya terletak pada makna yang dibawa oleh kata kerja yang menerima apitan yang berbeza ini. Bagi perkataan tertentu, kata kerja dengan apitan "meN -... -kan" membawa maksud kausatif, yakni menjadikan atau menyebabkan. "Mendekatkan meja ke dinding" bererti menjadikan meja dekat dengan dinding. Demikian juga, "menghadiahkan buku kepada Siti" bererti menjadikan buku sebagai hadiah kepada Siti. Dan "menyiramkan air ke bunga" membawa maksud menjadikan air turun ke atas bunga. Sebaliknya, kata kerja dengan apitan "meN -...-i" membawa maksud lokatif atau tempat. "Mendekati" dalam ayat (1) "Saya mendekati dinding itu" membawa erti dinding sebagai tempat yang saya dekati. Bezakan makna ayat ini dengan ayat (2) "Saya mendekatkan meja ke dinding". Tidak tepat jika dikatakan "mendekatkan dinding" , kecuali yang dimaksudkan ialah menjadikan dinding dekat dengan sesuatu. Demikian juga "menghadiahi Siti buku" membawa maksud bahawa orang (atau tempat) yang menerima hadiah itu ialah Siti, dan "menyirami bunga dengan air" memberitahu kita bahawa tempat yang kena siram ialah (pokok) bunga. Perhatikan apa akan terjadi jikalau kita tidak menggunakan apitan ini dengan betul. Dalam ayat (3) *Saya menghadiahkan Siti sebuah buku, dari segi tatabahasa, ayat ini tidak salah tetapi maknanya agak janggal. Dalam ayat ini "menghadiahkan Siti" bermaksud menjadikan Siti sebagai hadiah. Gambaran yang timbul ialah Siti dibungkus sebagai hadiah, yang kemudiannya diberikan kepada buku!Jikalau perbezaan ini dapat difahami, tidaklah lagi kita membuat kesalahan. Contoh-contoh kata kerja lain yang membawa perbezaan yang sama ialah "menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas Abu" lawan "menjatuhi Abu hukuman tiga tahun penjara", "menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu" lawan "menghidangi tetamu sepinggan kuih," dan "menganugerahkan gelaran Tan Sri kepada beliau" lawan "menganugerahi beliau gelaran Tan Sri ." Perlu diingatkan bahawa dalam amalan sehari-hari, terdapat satu dua perkataan yang entah mengapa, tidak membezakan makna antara apitan "meN-... -kan" dengan "meN-...-i" iaitu "membaikkan" dan "membaiki" , dan "merupakan" dan "merupai". Kedua-dua perkataan ini boleh bertukar ganti dalam penggunaan. Ada pihak yang memilih "membaiki" dan "merupakan" tetapi ada juga pihak yang memilih "membaikkan" dan merupai". Anggaplah ini sebagai unsur kekecualian.

Saturday 6 April 2013

Watak Profesional Guru - Ungkapan Al-Ghazali

'..........barang siapa berilmu, beramal dan mengajar, maka dialah yang disebut orang besar dalam alam malakut tinggi.  Dia laksana matahari yang menyinarkan cahayanya kepada orang lain dan menyinarkan pula kepada dirinya sendiri.  Dia laksana kasturi yang membawa keharuman kepada lainnya dan dia sendiripun harum.'

Thursday 4 April 2013

PENGGUNAAN UNGKAPAN RUJUKAN KEHORMAT "YANG BERBAHAGIA"

1. Sudah menjadi kelaziman ungkapan kehormat Yang Berbahagia digunakan
secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah
 kehormatan negara atau negeri atau masyarakat mahupun anugerah daripada atau
kelulusan akademik.

2. Ungkapan Yang Berbahagia digunakan sebagai sapaan sebelum nama gelaran
 bagi anugerah bintang atau pingat (negara, negeri atau masyarakat) dan seumpamanya
 yang terletak di depan nama orang, sama ada penyandang pangkat atau jawatan tertentu
 atau tidak.

     Contoh penggunaan:
  1. Yang Berbahagia Tun
  2. Yang Berbahagia Tan Sri
  3.  Yang Berbahagia Dato'
  4. Yang Berbahagia Datuk Seri
  5. Yang Berbahagia Datuk Patinggi
  6. Yang Berbahagia Datin Paduka
3. Ungkapan sapaan kehormat Yang Berbahagia sangat sesuai digunakan bagi
 anugerah daripada pencapaian akademik atau kelulusan seperti Doktor, Profesor, 
Profesor Madya, Doktorandus, Doktoranda dan Insinyur.  Kata Tuan atau Puan
 mengiringi Yang Berbahagia.

     Contoh penggunaannya:
  1. Yang Berbahagia Tuan Doktor Amirul
  2. Yang Berbahagia Tuan Profesor Amir Hamzah
  3. Yang Berbahagia Tuan Profesor Madya Amin
  4. Yang Berbahagia Tuan Doktorandus Amiruddin
  5. Yang Berbahagia Tuan Insinyur Amirul Mukminin. 
4. Ungkapan Yang Berbahagia digunakan secara meluas sebagai sapaan umum bagi
 nama jawatan atau pangkat yang disandang seseorang.  Kata nama Tuan atau Puan
 digunakan selepas ungkapan kehormat Yang Berbahagia, iaitu sebelum nama jawatan
 atau pangkat yang berkenaan.

     Contoh penggunaan:
  1. Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis
  2. Yang Berbahagia Tuan Ketua Kampung
  3. Yang Berbahagia Tuan Ketua Pengarah
  4. Yang Berbahagia Tuan Pengurus
  5. Yang Berbahagia Tuan Inspektor
  6. Yang Berbahagia Datuk Bandar
  7. Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah
5. Dalam komunikasi formal, ungkapan Yang Berbahagia sangat sesuai digunakan
 sebagai sapaan umum bagi nama orang yang kita hormati atau kita muliakan. 
Antara golongan yang utama ialah mereka yang memakai gelaran Haji dan Hajah
 atau gelaran atau sapaan keagamaan yang lain seperti Sahibul-Samahah, 
Sahibul-Fadilah dan Sahibul-Sa'adah.

      Contoh penggunaan:
  1. Yang Berbahagia Tuan Haji Ishak
  2. Yang Berbahagia Puan Hajah Umi Kalthum
  3. Yang Berbahagia Sahibul-Samahah Mufti Negeri
  4. Yang Berbahagia Tuan Imam Masjid
6. Dalam komunikasi formal juga, ungkapan Yang Berbahagia pernah digunakan untuk mana-mana orang yang ingin kita hormati atau kita muliakan.  Walau bagaimanapun, dalam keadaan biasa, ungkapan yang wajar digunakan ialah Tuan atau Puan sahaja.

Wednesday 27 March 2013

Buat renungan............


OPPS....! JOM JAWAB..........

LATIHAN TATABAHASA

  1. Amin membeli cili sos di mini market berhampiran rumahnya.
  2. Setiap hari isnin azman dan razali pergi ke mini perpustakaan.
  3. Kami sekeluarga pergi ke Mak Nab Restoran untuk makan. Selepas itu emak membawa adik ke Idham Klinik kerana adik demam.
  4. Mereka-mereka yang berminat menyertai pertandingan melukis dikehendaki melaporkan diri di pejabat sekolah.
  5. Semua kereta-kereta hendaklah diletakkan ditempat yang disediakan.
  6. Empat orang abang-abangnya menyertai segerombolan tentera ke Iraq untuk tujuan keamanan.
  7. Jali mendapat markah yang tertinggi sekali.
  8. Alina sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
  9. Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa "Minggu Guru Penyayang".
  10. Azhar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
  11. Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
  12. Tilam itu dibuat dari getah asli.
  13. Arpah lebih tinggi dari kakaknya.
  14. Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
  15. Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
  16. Setiap orang pelajar dikehendaki membawa buku catatan.
  17. Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
  18. Pak Tam akan mengahwini anaknya pada hujung bulan ini.
  19. Ibu menghadiahi seutas rantai sempena ulang tahun Fatin yang ke 12.
  20. Tan Seri Affandi Johan dinobatkan sebagai Tokoh Ilmuwan pada tahun ini.

Panduan Menjawab Soalan Pemahaman Petikan Khususnya Kepada Calon-Calon UPSR

  • Baca dengan teliti petikan terlebih dahulu sebanyak dua kali.
  • Pembacaan kali pertama adalah untuk memahami persoalan utamanya.
  • Pembacaan kali kedua adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.Pada pembacaan kali kedua, gariskan isi-isi utama untuk memudahkan aktiviti menjawab soalan.
  • Calon hendaklah membaca seluruh petikan. Jangan pilih perenggan tertentu sahaja untuk dibaca.
  • Selepas itu, bacalah soalan-soalan yang berikutnya. Calon hendaklah merujuk petikan ketika menjawab.
  • Panjang petikan biasanya antara empat hingga enam perenggan. Jawapan bagi soalan-soalan pemahaman mungkin tidak mengikut turutan petikan. Misalnya, jawapan bagi soalan kedua mungkin terdapat dalam perenggan ketiga manakala jawapan bagi soalan ketiga pula terdapat dalam perenggan pertama. Kadang kala jawapan memerlukan calon merumuskan fakta-fakta dalam petikan.
  • Bagi soalan mencari makna perkataan, rangkai kata atau tajuk, jawapannya terikat kepada konteks keseluruhan ayat atau petikan, bukannya pandangan calon sendiri.
  • Selepas menjawab semua soalan, calon hendaklah menyemak jawapan yang ditanda untuk mengelakkan kesilapan.

          INGAT !

PILIH JAWAPAN TERBAIK DALAM SETIAP SOALAN YANG DIKEMUKAKAN.

Adakah anda dalam kalangan mereka ini , wahai anak-anak didikku...?

1. Suka menangguhkan kerja.
2. Suka melambat-lambatkan kerja.
    Kerja-kerja yang boleh disiapkan dalam masa 10 minit,
    anda buat dalam masa 30 minit.
3. Tiada sistem belajar yang teratur.
4. Suka belajar ikut mood.
5. Tidak menumpukan perhatian apabila dikehendaki
    mendengar sesuatu penerangan kerana itu anda tidak faham,
    dan lebih masa diperlukan untuk memahami sesuatu perkara itu sendirian.
6. Takut mencuba. Anda tidak berani membuat sesuatu yang mencabar.
     Masa terbuang begitu sahaja.
7. Malu atau segan bertanya. Anda selalu dalam kebingungan.
    Masa anda terbuang tanpa sebarang faedah.
8. Tidak tahu menghargai masa. Anda tahu masa itu emas,
    tetapi anda tetap tidak mahu menjadikan emas itu  milik anda.
9. Anda tidak sedar kelemahan anda. Masa terus berlalu,
    tetapi diri anda tiada perubahan, tiada kemajuan.

Mulakan dengan sikap baru, pastikan anda di dalam golongan orang yang berjaya !!


Demi Masa.........

MASA adalah NYAWA
habis MASA, habislah NYAWA
MASA tidak dapat diubah
Setiap orang mendapat 24 JAM
Yang tahu menilai masa
Akan mendapat HASIL yang memuaskan.