- Baca dengan teliti petikan terlebih dahulu sebanyak dua kali.
- Pembacaan kali pertama adalah untuk memahami persoalan utamanya.
- Pembacaan kali kedua adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.Pada pembacaan kali kedua, gariskan isi-isi utama untuk memudahkan aktiviti menjawab soalan.
- Calon hendaklah membaca seluruh petikan. Jangan pilih perenggan tertentu sahaja untuk dibaca.
- Selepas itu, bacalah soalan-soalan yang berikutnya. Calon hendaklah merujuk petikan ketika menjawab.
- Panjang petikan biasanya antara empat hingga enam perenggan. Jawapan bagi soalan-soalan pemahaman mungkin tidak mengikut turutan petikan. Misalnya, jawapan bagi soalan kedua mungkin terdapat dalam perenggan ketiga manakala jawapan bagi soalan ketiga pula terdapat dalam perenggan pertama. Kadang kala jawapan memerlukan calon merumuskan fakta-fakta dalam petikan.
- Bagi soalan mencari makna perkataan, rangkai kata atau tajuk, jawapannya terikat kepada konteks keseluruhan ayat atau petikan, bukannya pandangan calon sendiri.
- Selepas menjawab semua soalan, calon hendaklah menyemak jawapan yang ditanda untuk mengelakkan kesilapan.
INGAT !
PILIH JAWAPAN TERBAIK DALAM SETIAP SOALAN YANG DIKEMUKAKAN.
ya,cikgu saya akan ingat.INGAT SAMPAI MATI!!!!!!
ReplyDeleteWah....tahniah, kalau boleh ingat sampai akhir hayat. Semoga anda berjaya!
Deleteterima kasih
ReplyDeletesaya mesti fokus, ingat,merujukdan BERJAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteCikgu sentiasa mendoakan kejayaan kamu.....teruskan berusaha...
Deleteapabila kami berjaya kami takkan lupa jasa cikgu drp sumitha,vifi dan waheeda
ReplyDeleteTerima kasih. Cikgu juga tidak lupa mendoakan kejayaan kamu semua.
Deletekami akan fokus untuk capai kejayaan!
ReplyDeleteCikgu suka semangat kamu, Waheeda!
Delete