MENU

Thursday 4 April 2013

PENGGUNAAN UNGKAPAN RUJUKAN KEHORMAT "YANG BERBAHAGIA"

1. Sudah menjadi kelaziman ungkapan kehormat Yang Berbahagia digunakan
secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah
 kehormatan negara atau negeri atau masyarakat mahupun anugerah daripada atau
kelulusan akademik.

2. Ungkapan Yang Berbahagia digunakan sebagai sapaan sebelum nama gelaran
 bagi anugerah bintang atau pingat (negara, negeri atau masyarakat) dan seumpamanya
 yang terletak di depan nama orang, sama ada penyandang pangkat atau jawatan tertentu
 atau tidak.

     Contoh penggunaan:
  1. Yang Berbahagia Tun
  2. Yang Berbahagia Tan Sri
  3.  Yang Berbahagia Dato'
  4. Yang Berbahagia Datuk Seri
  5. Yang Berbahagia Datuk Patinggi
  6. Yang Berbahagia Datin Paduka
3. Ungkapan sapaan kehormat Yang Berbahagia sangat sesuai digunakan bagi
 anugerah daripada pencapaian akademik atau kelulusan seperti Doktor, Profesor, 
Profesor Madya, Doktorandus, Doktoranda dan Insinyur.  Kata Tuan atau Puan
 mengiringi Yang Berbahagia.

     Contoh penggunaannya:
  1. Yang Berbahagia Tuan Doktor Amirul
  2. Yang Berbahagia Tuan Profesor Amir Hamzah
  3. Yang Berbahagia Tuan Profesor Madya Amin
  4. Yang Berbahagia Tuan Doktorandus Amiruddin
  5. Yang Berbahagia Tuan Insinyur Amirul Mukminin. 
4. Ungkapan Yang Berbahagia digunakan secara meluas sebagai sapaan umum bagi
 nama jawatan atau pangkat yang disandang seseorang.  Kata nama Tuan atau Puan
 digunakan selepas ungkapan kehormat Yang Berbahagia, iaitu sebelum nama jawatan
 atau pangkat yang berkenaan.

     Contoh penggunaan:
  1. Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis
  2. Yang Berbahagia Tuan Ketua Kampung
  3. Yang Berbahagia Tuan Ketua Pengarah
  4. Yang Berbahagia Tuan Pengurus
  5. Yang Berbahagia Tuan Inspektor
  6. Yang Berbahagia Datuk Bandar
  7. Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah
5. Dalam komunikasi formal, ungkapan Yang Berbahagia sangat sesuai digunakan
 sebagai sapaan umum bagi nama orang yang kita hormati atau kita muliakan. 
Antara golongan yang utama ialah mereka yang memakai gelaran Haji dan Hajah
 atau gelaran atau sapaan keagamaan yang lain seperti Sahibul-Samahah, 
Sahibul-Fadilah dan Sahibul-Sa'adah.

      Contoh penggunaan:
  1. Yang Berbahagia Tuan Haji Ishak
  2. Yang Berbahagia Puan Hajah Umi Kalthum
  3. Yang Berbahagia Sahibul-Samahah Mufti Negeri
  4. Yang Berbahagia Tuan Imam Masjid
6. Dalam komunikasi formal juga, ungkapan Yang Berbahagia pernah digunakan untuk mana-mana orang yang ingin kita hormati atau kita muliakan.  Walau bagaimanapun, dalam keadaan biasa, ungkapan yang wajar digunakan ialah Tuan atau Puan sahaja.

5 comments:

  1. cikgu untuk ucapan ialah: Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis
    Yang Berbahagia Tuan Ketua Kampung
    Yang Berbahagia Tuan Ketua Pengarah
    Yang Berbahagia Tuan Pengurus
    Yang Berbahagia Tuan Inspektor
    Yang Berbahagia Datuk Bandar
    Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt.

    saya ingin bertanya. Di dalam surat rasmi, mana satu yang betul ya ?

    Sehubungan itu, pihak 'Tuan' ...
    atau
    Sehubungan itu, pihak 'tuan' ...

    sebab saya pernah belajar dalam 1 kursus tahun 2009, ada penceramah ni, (saya rasa beliau adalah prof.). dia kata penggunaan huruf T besar bagi Tuan dan bukannya huruf kecil bagi tuan.

    terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...benar...penggunaan "Tuan" dlm surat rasmi itu perlu dikategorikn sbg kata nama khas.

      Delete